0

Liverpool FC Store

Wohooo.. Aku ni bukan lah peminat tegar bola sepak. Sebab Encik Dedobot aku peminat tegar Liverpool, jadi aku pergi la Liverpool Store, the First in Malaysia kat Lot 10. Untuk buat dia jeles jer. HAHAHAHAAHAH...


Muka diblurkan sebab alaaaaaaaa yang penting plastic bag liverpool. KAHKAHKAH. Okay saya GEMOK. Kbye

0

Pengkalan Hulu, Perak

Hello.. It has been a while kan? Sebabnya dari Jumaat lepas sampai la semalam aku bercuti. Jumpe adik aku di KL. Rinduuuuuu my muchuk. I always heard my dady and mumy say this that la pasal tempat tu. Sampai kene marah pulak bile nak jumpe budak tu. So alkisahnyer, Jumaat tu aku pegi la melawat dia kat sana. Dia turun KL dulu, dah puas meronggeng , then kite orang balik la ke Pengkalan HULU, Perak. Dari pudu raya ke pengkalan hulu, lebih kurang 6 jam dan Im sooo dead sebab lame dah tak pakai bas. Macam-macam yang aku rasa. Rasa nak muntah la ape la. OMAIGAD the place was really pedalaman uols. I only can see KFC. Other than that hmmm. Orang-orang pun agak kurang. Aku duduk memerap jer la di rumah. Dok kene dera.. Aku buat laundry ( pakai tangan uols, washing machine takdak ), sapu rumah dan MEMASAK. Adik aku tak boleh la tengok muka aku dgn mummy.

                                    

Menu-menu selama 2 hari adalah seperti berikut : HAHAHAHA. Lauk kampung jer.

Malam pertama : Ayam goreng feberet budak tu dengan makaroni goreng cendawan. 

Malam terakhir special sikit. Oh Kesian. Ayam Masak halia, nasi goreng belacan pedas, kacang buncis masak telur, dan hero of the night - kerang masak kicap cili kering. Fuh.. My mum sampai mesej kat hp kami. Sebab yang sorang lambat reply. HAAHAHAH. 

Sarapan pagi wajib la telur mato kerbau. Entah kenape
orang panggil ni mata kerbau. Macam mata kuceng jer haku perati. 




Hambek kau. KAHKAHKAH. Of course for my the only sister in this world, I will do it. Huhu. Bawak la handphone canggih mana pun, ko tutup je la jah. Kau pakai jer NOKIA 3310 tu, dah cukup dah. Hahaha. Wifi dekat area bomba tu boleh la pakai, tp boleh digunakan untuk laptop jer. Hampeh. Ehhh btw adik aku cikgu. SO sweet. Cikgu tau. T____T Tu memang cita-cita dia dari kecil. Ok la tu. Cita-cita aku dari kecik nak jadi penyanyi. SO WHAT? KAHKAH perasan. Betul sumpah tak tipu. ;)

So, hari ni aku dah di Kuching. Can't wait to meet her in within 2 months later.



0

Soto Special, Kuching Sarawak

in


Pendapat peribadi lah kan? Lain orang lain pe el nyer. Lain orang lain seleranya. It's all about yourself. Gambar makanan lagi kan? Alaa...sebelum aku buat drastic crash diet minggu depan, aku kene makan la puas-puas. Ibarat perempuan mengandung menunggu masa nak beranak. Karang dah berpantang, tak boleh la makan sebarang kan? Di Kuching ni kan, this is the best Soto so far. Ditanggung HALAL. Esklusif hanya di Yong Cafe, Satok. Kalau hari-hari aku tibai makan ni pun aku rela tau tak? Sedap weh. Recommendation place for breakfast. Cheap, reasonable, clean and friendly people surrounded you. Ade orang aku tengok tibai 2 mangkok uols. Untuk yang mempunyai tangki yg agak luas ( kuat makan HAHAHA ) memang tak cukup la semangkok. Hehehe.

Actually, kalau rajin dan mempunyai banyak masa, boleh jer buat sendiri. Tapi malas pulak. Ingat tak? Dream cafe/restaurant? T__T Mudah-mudahan Allah perkenankan doa aku. Sape-sape yang mencari soto terhebat di Kuching, Sarawak, this is the best. Berkali aku sebut ni pasai pa? Esok aku nak pergi KL, tengok la kalau rajin nak update. Berapa hari ni sibuk sangat sampai tak sempat nak buka laman sesawang ni. New baby pun bersarang. Menulis menaip dan berfikir ini bukan mudah. Okay masa untuk bercuti.  Bercuti di kala kesibukan. Kesian Dedobot aku weh. T___T

PS : Liverpool Store ( KL Branch ) Dekat Lot 10 uols. T____T Pengaruh dedobot aku nih. Nyehnyehnyeh

0

Steam prawn / Udang masak stim

in
What can I say? Few years back, I was totally allergic to this food. I will having my bad flu after i took this. But then I realize kannn when I consume supplement ( I can't remember ), I become neutral. Memang dah jadi hantu udang. And there is no other way to make this delicious other than STEAM PRAWN. You can feel the sweetness of the prawn. Kalau fresh memang la manis. Kalau tak fresh, HAHAHA. Jawab sendiri 

Steam Prawn / Udang Stim

Ingredients

Half kg of prawn
Garlic
Ginger
Lemon grass
Salt
White pepper

Okay, bye. HAHAHAHAHA. 


0

Wanita berdikari

in
Blogger tua kertu yang nak start balik kadang-kadang susah nak catch up. Sedeh ! Apsal aku cakap aku sendiri tua kertu? Hahahaha. Sedih weh, banyak benda nak catch up. Banyak benda nak refresh balik. Like seriously outdated sangat aku ni. Idea-idea banyak yang kekeringan. Katakan Tidak kepada penulisan pada hujung minggu. Bukan KATAKAN TIDAK AFGHAN OH HANDSOME OHHH.. Back to reality. Aku bosan wehh sebab tu aku menulis juga di malam ahad ni.

Wanita yang kuat. Kenapa wanita yang kuat? Wanita sekarang bukan macam wanita dulu. Macam Mummy aku tu, caya la...sekarang dia kuat lagi dari dulu. She is a strong lady with strong mind but still conservative. Huhuhu. Dulu weak lady with weak mind and very conservative...Biase la orang tua. Wanita dulu bila dah kena culik aka pinang, terus mengharapkan 100% bergayut bergantungan kepada si suami. Semua suami. Takda suami tak boleh jalan. Tak boleh buat. Suami keje, suami kasi duit, suami kasi anak errrkkkk...sensored. HAHAHAAHAH. Dah kau ! Everything in all semua suami kan? Suami marah sikit dah nanes, dah diam. Keayuan, kesopanan, ketatasusilaan semua terserlah. Nak lawan? Lawan la. Kang makan pasir. HAHAHAHA..

Wanita sekarang nak cakap ape weh? Orang cakap sepandai secerdik mana pun seorang perempuan, tempatnya memang di dapur. Yeaaa absolutely right. But nahh.. Ada yang tak reti nak pegang pisau pun. Nak buat macam mana? Mind set org tua moden sekarang.. HAA BELAJAR PANDAI PANDAI, GAJI RIBU RIBAN, ESOK LUSA CERAI, KAU MASIH DAPAT SARA HIDUP KAU SENDIRI. Tengok permainannya di situ? Menggalakkan penceraian. Memang tak hairan la hot mama di sana sini. MJM kau. Mak Janda Meletup. Jauhilah aku dari pekara sedemikian, Nauzubillah Minzalik.

Kenapa wanita yang kuat? Sebabnya dan contohnya wanita yang bekerjaya, balik keje tetap ke dapur ye dak? Tetap kemas rumah ye dak? tetap mengandung dan beranak ye dak? Tetap lah period yang datang tiap2 bulan tu memberi gangguan ye dak? Lelaki? Balik rumah, meronggeng depan tv dengan handphone ye dak? AHAHAHAHAHAHAHA. Sedeh. AHHH YANG KAU NAK KEJE SANGAT TU KENAPE? BAGI LAKI JE LA KEJE. KAU JAGA RUMAH. Amboi jah, sesedap rase je jiran sebelah rumah kucing aku cakap cenggitu. Lagi gaji RM3600 ke bawah dianggap miskin cik jah. Kite ni keje nak tolong ringankan beban laki. Kenape laki tak boleh ringankan beban bini? Balik keje tu tolong potong bawang pun tak boleh ke? Tolong cuci periuk kuali belanga ke? Tu belum lagi bab anak. Kalau yang suri rumah memang tak patut la.

Suami-suami mithali sekalian, kalau tau sama2 stress nye keje, sama2 sibuk nye keje, balik rumah tolong la apa yang patut walaupun itu bukan tugas seorang suami. Bekerja di luar juga bukan tugas seorang isteri. Hargailah bantuan isteri yang meringan beban kita sekeluarga. Chuppp.. apasal aku cakap macam dah kawen? HAHAHAHAHA. Kang wanita garang semacam, suka marah2 ni bukan ape.. Wanita pun letih juga cik abang. Kesopanan dah hilang dah dek keletihan yang tak habis di office dan tu pulak sambung di rumah.

There's nothing much we want from a man. Give and take each other. Understand each other. Help each other. Speak it out whenever each of you feel uneasy. And NEVER LIE. Please don't do it. I think that's enough for tonight. Nak keluar jumpe kawan pekena ICE CREAM GULA APONG the most popular ice cream in Kuching Town. Nyumm









0

Tat telur / Egg tart / Portuguese Egg Tart

in
Hai...Dalam kepala aku dah terbayang egg tart portuguese. Well.. It's all about food. Macam semangat jer esok aku nak buat kat rumah Mummy. Hihi. Esok balik rumah Mummy Daddy, dah janji nak buat pulut panggang. Dah janji nak bawa wanita kesayangan aku jenjalan. Gambar macam kat bawah la. Aku suke yang agak crunchy macam ni. Ade yang lembut lembik tu aku tak berapa nak berkenan. There's nothing special compare to portuguese egg tart. Pastry ni agak ber flaky sikit. Berlapis-lapis. Sama jer kalau rajin nak susun fillo pastry tu. Cuma takde jer. Rasenyer esok nak cari la yang ready pastry. I've always eaten the one yah you know Kimbay Restaurant at the Boulevard? Kuching people wake up please! Mr Dedobot would love thisssss eggg tartttttt more than he do love me. Pftttt T____T


                                                  
                                                     Sekadar gambar hiasan. Sumber dari Google.

Huahuahua.. Temptating la gambor tu. Lepas ni ade dua lagi resepi menyusul di diary aku ni. Diary ke? Encik Dedobot dah baca pun. Makin dilarang makin dicari. Kalau tak dilarang agaknyer dia cari tak? Telinga kuali biase la. Ikut kepala dia je. By the way, harap-harap menjadi lah egg tart aku tuh.

Okay, see you tomorrow.

0

Annabelle

in

Dah tengok cerita ni tak? Komen sikit? Aku punya komen senang jer. Sound system entah ape-ape. Melebih-lebih. Arghhh... Part ni dengan conjouring ape beza? Alahai... 


| Bloggerized by Jac Natasha |